Turtle Rock iaitu pembangun asal Left 4 Dead mengumumkan permainan baharu Back 4 Blood yang bergenre sama. Manakala Brendan Greene ataupun PlayerUnknowns mengumumkan beliau kini beralih ke projek baharu.

Mod pertempura royale untuk Battlefield V iaitu Firestorm bakal tiba bulan ini. Hello Games pula mengumum kemaskini baharu untuk No Man’s Sky iaitu Beyond. Devil May Cry 5 pula bakal menerima mod Bloody Palace pada bulan April ini.

Rebellion mengumumkan sebilangan permainan daripada siri Sniper Elite akan dikeluarkan, Microsoft pula mengumumkan Halo: The Master Chief Collection akan dikeluarkan untuk PC.

Marvel akhirnya berkongsi satu lagi video acah untuk Avengers: Endgame, filemt tersebut juga akan ditayangkan lebih awal di Malaysia. Akhir sekali, filem BoBoiBoy Movie 2 menerima video acah baharu.

Sohor Kini