Mingguan Aksiz – Amico, Soul Calibur VI dan Game Pass

Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini, Intellivision mengumumkan konsol terbaru mereka, Amico. Manakala Sony pula melancarkan demo untuk Astro Bot: Rescue Mission.

Epic Games pula melancarkan acara Fortnitemare sempena bulan Halloween. Bandai Namco pula membawa watak 2B dari NieR: Automata di dalam permainan Soul Calibur VI.

Capcom pula mengumumkan permainan Resident Evil, 0 dan 4 bakal tiba di Switch tahun hadapan. Focus Home Interactive juga bakal membawa permainan Vampyr ke Switch.

Alan Wake kini akhirnya disenaraikan semula di Steam dan Microsoft pula berminat untuk membawa Game Pass di PC.

Sohor Kini