Informasi Permainan Video Terkini
Mingguan Aksiz – Metal Gear Survive, Pokemon Crystal Dan Unit E-Sukan Malaysia

Mingguan Aksiz – Metal Gear Survive, Pokemon Crystal Dan Unit E-Sukan Malaysia

Diterbitkan pada Dis 17, 2017 oleh .

Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Pada minggu ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa permainan Ni No Kuni 2: Revenant Kingdom ditangguhkan. Manakala Blizzard mengumumkan kemaskini Winter Wonderland tiba di permainan Overwatch.

Minggu ini juga, Konami mengumumkan tarikh beta bagi permainan Metal Gear Survive. Ubisoft pula akan membawa Predator ke kemaskini terbaru Ghost Recon: Wildlands.

Nintendo pula mengumumkan Pokemon Crystal akan dilancarkan semula di 3DS. Tambahan juga hasil jualan Nintendo Switch kini melebihi 10 juta unit. Selain itu, pihak Mobile Legends mengumumkan permua Mobile Legends di Malaysia melangkau 3 juta aktif pemain.

Akhir sekali, Majlis Sukan Negara akan menubuhkan unit sukan eletronik di Malaysia sebagai persediaan untuk Sukan Asia 2022 kelak.

TIPS & ULASAN