Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Pada minggu ini, bersempena dengan pelancaran permainan video Gran Turismo Sport, Polyphony berkerjasama bersama Lewis Halmiton. Sony juga mempromosi permainan tersebut dengan mengubahsuai kereta GT-R dikawal dengan alat kawalan Dualshock 4. Sony juga mengumumkan alat kawalan terbaru buat PS4.

Minggu ini juga, Epic menyaman dua pemain kerana penipu di dalam Fortnite manakala Hajime Tabata menyatakan pembangunan permainan FFXV 100 kali lagi mudah di PC berbanding di konsol. Natsume juga mengumumkan permainan Harvest Moon terbaru bakal tiba hujung tahun ini.

Akhir sekali, acara Halloween buat permainan Overwatch bermula minggu ini.

Sohor Kini