Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Pada minggu ini, menjadi bualan ramai adalah pengenalan watak baru Overwatch oleh Blizzard, iaitu Doomfist. Selain daripada itu, PlayStation Asia turut telah memperkenalkan PlayStation Experience 2017 yang akan diadakan buat julung kalinya di Asia Tenggara – dan Malaysia dipilih sebagai lokasi untuknya.

Nintendo turut tidak ketinggalan dan telah mengumumkan Splatoon 2 Demo membolehkan pemain mencubanya terlebih dahulu sebelum pelancaran rasmi. PlayStation juga turut telah mengumumkan sejumlah permainan percuma PS Plus untuk Julai yang telah boleh dimuat-turun oleh semua pelanggan di Malaysia.

Dan akhir sekali, bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan Little Big Planet 3, bulan ini mungkin adalah untuknya memandangkan PlayStation menawarkan ia pada harga diskaun.

Sohor Kini