Minggu ini, Epic Games Store menawarkan Into the Breach sebagai permainan percuma. Selain itu, Uplay menawarkan The Division secara percuma dan pelanggan PS Plus boleh mula menebus permainan percuma.

Nintendo menyambut ulang tahun ke-35 Super Mario Bros dengan mengumumkan sebilangan permainan untuk Switch. Antaranya Super Mario 35 iaitu permainan battle royale Mario, Super Mario 3D All-Stars, Super Mario 3D World dan Mario Kart Live.

Fall Guys menutup bidaan untuk kostum dengan kutipan $1 juta manakala EA pula telah melancarkan perkhidmatan EA play di Steam. India mengumumkan pengharaman lebih 100 aplikasi termasuk PUBG Mobile dan No Straight Roads telah membuat keuntungan.

Sohor Kini