Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Sony minggu ini mengumumkan berkas Playstation 4 Pro Edisi God of War akan dikeluarkan bersama permainan pada 20 April 2018 dan pengarah kreatif God of War mengatakan permainan ini tidak akan mempunyai mikro-transaksi. Selain itu, Blizzard Entertainment menymabut ulang-tahun yang ke-20 bagi permainan Star Craft dengan menyertakan pelbagai kandungan buat permainan Star Craft dan juga permainan-permainan lain keluaran Blizzard.

The Division 2 sedang dibangunkan oleh Massive Entertainment dan Ubisoft. Manakala permainan Monster Hunter World mencapai 7.5 Juta Salinan yang diedarkan seluruh dunia, tertinggi untuk permainan Capcom. Activision pula mengumumkan bahawa Call of Duty Black Ops 4 akan dikeluarkan pada 12 Oktober 2018 dan pengumuman khas akan dilakukan pada 17 Mei 2018

Permua untuk Fortnite Battle Royale bagi iOS dan Android akan dikeluarkan pada 12 Mac. Menyokong cross play dengan PC dan PS4. Nintendo minggu ini mengumumkan permainan baru bagi konsol mudah-alih 3DS dan juga Switch melalui Nintendo Direct seperti Super Smash Bros dan Crash Bandicoot N.Sane Trilogy.

Akhir sekali, KITAMEN Menterai Kerjasama Bagi Memperkukuhkan Industri E-Sukan Malaysia

Sohor Kini