Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Pada minggu ini, Sony mengumumkan kemaskini terbaru buat System Software 5.50 bagi konsol Playstation 4. Manakala Square-Enix pula berkongsi trailer terbaru Kingdom Hearts 3 sempena acara Disney D23 Expo.

Selain itu, Blizzard mengadakan acara khas Overwatch Lunar New Year dan Konami mengumumkan beta kedua bagi permainan Metal Gear Survive bakal berlangsung minggu hadapan.

Capcom menyatakan permainan Monster Hunter World merupakan permainan terpantas diedarkan oleh mereka. Activision Blizzard dan Take Two Interactive pula berkongsi hasil pendapatan bagi syarikat mereka.

Akhir sekali, EVO akhirnya mengumumkan senarai permainan yang bakal tiba buat acara kejohanan EVO 2018.

Sohor Kini