Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Pada minggu ini, Sony berkongsi permainan percuma buat Playstation Plus bagi bulan Februari. Sony juga menyatakan jumlah jualan Playstation 4 setakat ini.

Selain itu, Nintendo juga mengumumkan jumlah jualan bagi konsol hibrid terbaru mereka, Switch bersama pengumuman fungsi atas-talian Nintendo Switch Online yang bakal tiba tahun ini.

Rockstar Games akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan Red Dead Redemption 2. Manakala, EA menangguhkan pelancaran permainan Anthem sehingga tahun depan.

Akhir sekali, Square-Enix berkongsi aplikasi penanda aras bagi permainan Final Fantasy XV buat pengguna PC dan juga tarikh pelancaran bagi permua Final Fantasy XV Pocket Edition

Sohor Kini