Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Pada minggu ini, Nintendo mengumumkan Nintendo Labo, iaitu aksesori kadbod buat konsol Switch. Square-Enix pula mengumumkan Final Fantasy XV Royal Edition dengan menyertakan pelbagai kandungan.

Selain itu, Bandai Namco juga mengumumkan permainan baru Gundam Breaker, bakal tiba tahun ini. Permainan edisi terhad God Of War juga minggu ini tertiris di laman kedai atas-talian Game Stop.

Sega pula mengumumkan bahawa permainan simulasi hospital, Two Point Hospital bakal tiba di Steam. Manakala permua Harry Potter Hogwarts Mystery akhirnya diumumkan secara rasmi.

Akhir sekali, minggu ini berlangsungnya acara Asia Pacific Predator League 2018 di Jakarta Indonesia dengan penglibatan 8 pasukan daripada Asia Tenggara.

Sohor Kini