Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Pada minggu ini, Sony Interactive Entertainment mengumumkan nilai jualan bagi konsol Playstation 4 dan juga permainannya.

Selain itu, Square-Enix akhirnya mengumumkan bahawa permainan edisi terhad Dissidia: Final Fantasy NT Ultimate Box akan tiba di pasaran Malaysia. Ubisoft juga berkongsi berkenaan permainan Assassin’s Creed Rogue Remastered yang bakal tiba Mac ini.

Minggu ini juga, Nintendo mengadakan acara Nintendo Direct Mini yang memperkenalkan sebilangan permainan baru buat konsol Switch yang bakal tiba tahun ini. Bersama pengumuman tersebut, Bandai Namco menyatakan mereka akan membawa permainan asal Dark Souls sebagai permainan pernambah-baikkan pada Mei ini.

Akhir sekali, Malaysia Cyber Games 2018 berlangsung dengan jayanya pada hujung minggu ini, dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang dipertandingkan.

Sohor Kini