PUBG 1.0 Akan Dilancarkan Pada 20 Disember

PlayerUnknown’s Battlegrounds telah ditawarkan dalam bentuk Early Access sejak daripada Mac 2017 lepas, dan ia telah mencatatkan pelbagai rekod sejak daripadanya – termasuk menjadi permainan paling popular dimainkan ramai di Steam.

Terkini, akhirnya setelah melalui pelbagai fasa pembangunan, kini pembangunnya mengumumkan PlayerUnknown’s Battlegrounds versi 1.0 akan dilancarkan secara rasminya pada 20 Disember 2017 kelak.

Ia sekaligus akan menawarkan sejumlah perkara baru, termasuk senjata dan kenderaan baru. Bercakap mengenainya juga, PUBG akan mula menawarkan peta baru dinamakan Miramar bermula pada lewat malam ini.

Sohor Kini