Pas bulanan permainan Xbox Game Pass Ultimate memberi pemain konsol Microsoft Xbox permainan percuma pada platform Xbox dan Windows 10, bersama-sama dengan Live Gold untuk bermain secara atas-talian pada platform Xbox.

Bermula bulan September kelak, Microsoft akan menyertakan sokongan perkhidmatan penstriman Project xCloud tersebut kedalam pas bulanan Xbox Game Pass Ultimate pada harga $14.99 yang sama seperti sebelum ini.

Melalui Project xCloud, pengguna boleh menggerakkan sekitar 100 tajuk permainan yang hadir melalui Xbox Game Pass menggunakan peranti pintar dan tablet yang menyokongnya kelak.

Microsoft dikatakan sedang dalam usaha untuk memastikan Project xCloud boleh digerakkan pada peranti Apple, khususnya setelah aplikasi tersebut tidak diterima oleh Apple App Store.

Untuk masa yang terdekat apabila sokongan tersebut diperkenalkan, Xbox Game Pass Ultimate adalah satu-satunya cara untuk mengakses perkhidmatan penstriman Project xCloud ini.

Walaupun begitu, Microsoft mengatakan bahawa di masa hadapan, terdapat kemungkinan bahawa mereka akan memperkenalkan perkhidmatan tersebut secara kendiri, khususnya jika ada permintaan untuknya.

Dalam pada itu, Project xCloud juga dijangka akan diberi nama baru apabila Microsoft merasmikan kehadiran perkhidmatan tersebut pada bulan Ogos kelak.

Sohor Kini