Nightdive Studios dan Alcon Entertainment hari ini umum ynag mana mereka akan membawa kembali permainan klasik berdasarkan filem Blade Runner yang dilancarkan pada 1997 lepas ke konsol terkini dan PC sebagai permainan yang dipernambah-baikkan.

Seperti anda sedia maklum, Nightdive Studios semestinya terkenal sebagai pembangun yang sering membawa kembali permainan klasik yang mana antara permainan yang mereka bangunkan adalah DOOM 64 yang bakal tiba minggu hadapan.

Permainan Blade Runner ini merupakan permainan tunjuk dan klik ynag mana ianya adalah berdasarkan filem Blade Runner oleh Ridley Scott namun bukan adaptasi ters daripadanya. Ianya sebelum ini dibangunkan oleh Westwood Studios, iaitu pembangun yang terkenal dengan siri Command & Conquer.

Melalui versi pernambah-baikkan ini, Nightdive Studios menyatakan yang mana ianya akan menyertakan pelbagai pernaik-tarafan dari segi animasi, model watak, adegan dan juga sokongan alat kawalan dan skrin lebar.

Menurut laporan, Blade Runner: Enhanced Edition akan dilancarkan sekitar tahun ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

Sohor Kini