Beberapa bulan lepas, telah kami laporkan yang pengarah filem Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings iaitu Destin Daniel Cretton akan menjadi pengarah filem Avengers: The Kang Dynasty. Filem ini akan ditayangkan pada 2 Mei 2025 nanti.

Menurut Deadline, Marvel telah pun menemui penulis bagi filem ini. Nampaknya Jeff Loveness, selaku penulis filem Ant-Man and Wasp: Quantumania akan meneruskan penulisan beliau untuk watak Kang The Conqueror dalam filem Avengers.

Bagi yang tidak tahu, Jeff juga adalah antara penulis bagi siri animasi popular Rick And Morty yang kini baru sahaja menyiarkan musim keenam.

Sohor Kini