Overkill Memperkenalkan PAYDAY: Crime War – PAYDAY Versi Permua

PAYDAY adalah antara permainan tembak menembak pandang pertama bertemakan rompakan. PAYDAY 2 adalah salah satu versi yang popular, sehinggakan ia turut hadir buat Nintendo Switch. Kini, Overkill dilihat ingin meneruskan legasi PAYDAY dengan memperkenalkan versi permua pula.

PAYDAY: Crime War adalah permua PAYDAY yang hadir buat platform Android dan iOS. Ia menyokong mod multi-pemain, terdapat juga belian-dalam-aplikasi, sokongan grafik sehingga 60FPS, dan pemain turut boleh menerima ganjaran. Lebih menarik sekali, dalam PAYDAY: Crime War ini pemain turut boleh bermain sebagai pasukan polis dan tidak terhad kepada pasukan perompak sahaja.

Selain itu, pemain juga akan akan hidup semula setiap kali ditembak mati sehingga permainan tamat. Kawalan juga agak mudah kerana ia menggunakan kawalan berasaskan gesture seperti dalam PUBG.

Akan tetapi, permainan ini masih lagi dalam pembangunan. Untuk cuba bermain, pemain perlu mendaftar untuk akses beta tertutup. Disebabkan permua ini masih lagi dalam pembangunan, terdapat sedikit masalah grafik dan ketidakstabilan terasa. Beta tertutup ini akan berakhir pada 14 Oktober dan versi akhirnya akan diumumkan kelak.

PAYDAY: Crime War ini masih lagi dalam pembangunan dan versi yang kami cuba ini adalah versi beta tertutup. Pada versi akhir kelak, mungkin akan ada perubahan grafik atau bentuk permainan

Daftar – PAYDAY: Crime War Close Beta di sini untuk akses awal

Sohor Kini