Marvel ketika San Diego Comic-con telah mengesahkan yang Marvel Cinematic Universe Fasa 4 akan berakhir dengan filem Black Panther: Wakanda Forver yang akan tiba pada 11 November 2022. Satu lagi siri yang akan disiarkan di dalam Fasa 4 adalah She-Hulk: Attorney at Law yang akan tiba pada 17 Ogos 2022.

Manakala bagi MCU Fasa 5 pula ia akan bermula dengan filem Ant-Man and the Wasp: Quantumania yang akan tiba pada 17 Februari 2023 diikuti siri Secret Invasion pada suku kedua tahun 2023. Filem seterusnya adalah Guardians of the Galaxy Volume 3 yang akan tiba pada 5 Mei 2023.

Fasa 5 diteruskan lagi dengan siri Echo yang akan tiba pada suku ketiga tahun 2023 bersama dengan Loki Musim 2. Filem kedua untuk Captain Marvel iaitu The Marvels akan tiba pada 28 Julai 2023. Pada akhir tahun 2023, ia akan menerima satu filem iaitu Blade yang akan tiba pada 3 November 2023 dan dua siri iaitu Ironheart dan Agatha Coven of Chaos yang mungkin tiba pada awal tahun 2024.

Manakala bagi tahun 2024, siri Daredevil Born Again akan kembali ke Disney+ pada suku kedua, diikuti filem Captain America New World Order tiba pada 3 Mei 2024 dan penutup untuk fasa 5 adalah filem Thunderbolts yang akan ditayangkan pada 25 Julai 2024.

Sohor Kini