Kartunis Aie Meninggal Dunia – Kita Kini Hidup Dalam Blues

Perkhabaran buruk hari ini kerana kartunis Aie yang cukup terkenal dengan komik Aku Hidup Dalam Blues, Blue Untuk Aku dan Abe menghembuskan nafas terakhir belia pagi tadi. Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong meninggal dunia pada usia 48 tahun. Sebab kematian tidak diketahui pada waktu ini tetapi beliau menghidap penyakit buah pinggang sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan pada Mac lalu mendapat rawatan kecemasan di Hospital Banting.

Kematian beliau pasti dirasai oleh peminat komik tempatan kerana beliau adalah antara nama besar yang mewarnai industri kerana dilihat sebagai kartunis generasi ketiga yang mengukir nama menerusi majalah Ujang popular di dekad 90an. Karya beliau amat popular sehingga menjadi ikutan kartunis lain. Dengan pemergian beliau, seorang lagi kartunis di bawah didikan Ujang telah pergi meninggalkan kita.

Sumber Bekazon

Sohor Kini