Disney dan Lucasilms sedang berusaha untuk tamatkan kisah Skywalker dan mengembangkan lagi dunia Star Wars dengan kisah-kisah lain. Kita boleh lihat mereka cuba untuk menjayakan usaha ini dengan projek-projek siri TV Star Wars di Disney+.

Kita sudah ada The Mandalorian, The Book of Boba Fett, akan datang kisah Obi-Wan, Andor dan banyak lagi. Tetapi sebelum ini ada kedengaran yang mereka sedang bangunkan satu siri yang dirahsiakan dan dikatakan akan memulakan penggambaran seawal Jun 2022.

Siri ini dikatakan akan berlaku ketika era High Republic dan akan menggunakan konsep seakan Stranger Things, iaitu sekumpulan remaja mengembara dan akan bertempur dengan raksasa atau makhluk aneh dengan dunia yang pelik. Informasi terkini mendedahkan yang Jude Law adakah antara pelakon dalam siri ini.

Jude Law juga pernah bekerja dengan Disney untuk filem MCU, sebagai Yon-Rogg dalam Captain Marvel dan akan datang beliau akan muncul dalam filem sampingan Harry Potter – Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore sebagai Dumbledore.

Siri ini dikatakan mungkin adalah Star Wars: Tales of the Jedi, iaitu siri yang belum diumumkan lagi.

Sohor Kini