Gran Turismo, salah satu permainan perlumbaan kereta yang popular kini telah memasuki fasa akhir untuk permainan Gran Turismo Sport, dimana mereka telah menamatkan ujian beta tertutup baru-baru ini, dan dikatakan akan menambah-baik sedikit permainan berkenaan sebelum pelancaran rasmi yang dijadualkan pada bulan Oktober kelak.

Menurut pembangunnya, Gran Turismo mereka akan menawarkan permainan ini pada 17 Oktober kelak untuk PlayStation 4.

Seperti kebanyakkan permainan perlumbaan kereta lain, ia turut akan hadir dengan beberapa mod permainan – termasuk Campaing, Sports Mode dan juga Arcade Mode.

Bagi anda yang meminati permainan perlumbaan kereta, mungkin boleh mula menyimpan wang dari hari ini, dan mendapatkan ia apabila keluar pada bulan Oktober kelak.

Sohor Kini