Kemaskini: Forsaken World akan dilancarkan secara rasmi pada 9 November 2020.

YooZoo Games dan Gtarcade-Hari hari ini telah mengumumkan yang permainan mudah alih MMORPG mereka iaitu Forsaken World: Gods and Demons kini boleh di pra-daftar untuk memastikan ia terus dimuat turun apabila ia tiba sekitar tahun ini.

Anda boleh melakukannya melalui pautan ini; App Store dan Play Store.

Forsaken World menyertakan satu dunia fantasi yang luas untuk diteroka oleh pemain, menariknya dunia persekitaran akan terkesan bergantung kepada pilihan yang dilakukan oleh pemain. Pemain juga boleh menaiki ‘kapal terbang’ untuk mengembara dengan lebih menarik.

Ia akan dikeluarkan sekitar tahun ini, dan boleh dimuat turun secara percuma untuk iOS dan Android. Ia akan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini