DLC ARMS Pertama Akan Tiba Pada Minggu Hadapan

DLC watak ARMS pertama, iaitu Max Brass akan tiba pada minggu hadapan, 12 Julai 2017. Nintendo tampak gayanya bercadang untuk terus menawarkan kemaskini DLC ARMS secara percuma berterusan untuk masa akan datang.

ARMS ialah permainan esklusif Nintendo Switch yang dilancarkan pada 16 Jun yang lepas. Bagi yang tidak mengenali akan permainan Arms ini, ia merupakan salah satu permainan berbentuk berlawan yang boleh dimainkan sehingga empat orang, dan menggunakan sejumlah senjata berbeza untuk menewaskan pemain lain. Ia dibangunkan dan diterbitkan oleh Nintendo khusus untuk Nintendo Switch sahaja.

Sohor Kini