Blizzard telah mengumumkan yang Diablo Immortal iaitu permainan Diablo yang dibangunkan khusus untuk telefon pintar akan dikeluarkan pada 2 Jun 2022, akhir Jun untuk pasaran Asia Tenggara termasuk juga Malaysia.

Selain dikeluarkan untuk iOS dan Android seperti diumumkan sebelum ini, ia juga akan dikeluarkan untuk PC secara beta terbuka pada tarikh yang sama.

Diablo Immortal untuk PC, iOS dan Android ini akan menyokong fungsi rentas platform dan juga rentas kemajuan. Oleh itu anda boleh bermain bersama rakan di platform lain dan menggunakan akaun yang sama di setiap platform berbeza.

Blizzard mengatakan yang walaupun dibangunkan untuk telefon pintar akan tetapi ia adalah permainan Diablo terbesar yang pernah dikeluarkan.

Diablo Immortal akan dikeluarkan sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini