Cartoon Network iaitu saluran animasi di bawah Warner Media telah mengumumkan yang mereka akan membawa siri animasi baharu oleh Monsta Studios iaitu Mechamato ke pasaran Asia Pasifik. Siri ini dijangkan akan bermula disiarkan pada suku keempat tahun 2021.

Monsta sebelum ini merancang untuk mengeluarkan filem Mechamato sebelum diikuti dengan siri, akan tetapi akibat pandemik Covid-19 perancangan mereka tertunda dan kedua-duanya akan tiba pada tahun hadapan.

Mechamato akan memfokuskan watak Amato iaitu ayah kepada BoBoiBoy yang mana beliau mempunyai kuasa MechaBot, satu kuasa Power Sphera yang berupaya untuk mengawal pelbagai objek.

Sohor Kini