Berlaku 64 tahun sebelum filem Hunger Games, The Ballad of Songbirds and Snakes adalah filem prekuel ini adalah permainan Battle Royale yang kesepuluh. Filem akan memfokuskan kepada Lucy Gray Baird (Rachel Zegler) wakil wanita District 12 bersama dengan Coriolanus Snow (Tom Blyth) versi muda.

Treler baharu telah pun dikongsi dan filem ini akan ditayangkan pada 17 November akan datang. Dalam treler, kita boleh saksikan yang Coriolanus Snow dalam dilema menjalankan tugas untuk Capitol yang diketuai oleh Head Gamemaker Dr. Volumnia Gaul (Viola Davis) kerana mempunyai perasaan kepada Baird.

Aksi Casca Highbottom, iaitu Dekan Akademi dan pencipta Hunger Games lakonan Peter Dinklage turut dipertontonkan dalam treler ini. The Ballad of Songbirds and Snakes turut akan memperlihatkan bagaimana Snow menjadi kejam dan jahat seperti dalam filem lepas yang dilakonkan oleh Donald Sutherland.

Sohor Kini