Astro C40 TR Dilancarkan – Alat Kawalan Modular Berharga RM838

Astro adalah syarikat yang terkenal dengan set fon kepala yang premium. Semua fon kepala yang Astro keluarkan adalah memfokuskan para gamers untuk digunakan pada konsol atau PC. Kini, mereka mengumumkan Astro C40 TR – sebuah alat kawalan untuk PC dan PS4 yang berharga lebih RM800.

Kenapa alat kawalan ini mahal? Alat kawalan ini hadir dengan butang D-Pad dan juga kayu bedik yang modular. Jadi pengguna bebas memilih untuk mengubah susuan butang-butang seperti gaya Dualshock atau alat kawalan Xbox. Terdapat juga butang tambahan di belakang alat kawalan yang boleh ditetapkan mengikut keselesaan pemain.

Lain-lain fungsi adalah mirip dengan alat kawalan Dualshock, seperti sokongan pad sesentuh, port bicu audio atau juga menggunakan alat kawalan dalam mod berwayar. Alat kawalan ini juga mempunyai bateri yang tahan sehingga 12 jam lamanya. Tetapi, bagi mereka yang membeli Astro C40 TR ini – Astro hanya akan menghantar semua tempahan bermula awal 2019.

Sohor Kini