Pada bulan Mac lepas Activision mengumumkan siri terbaru untuk Call of Duty iaitu Call of Duty: Black Ops 4 (BO4) akan dikeluarkan pada 12 Oktober 2018 untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Minggu ini mereka berkongsi lebih lanjut mengenai permainan penembak pandang pertama ini. Melalui strim secara langsung, mereka berkongsi trailer terbaru permainan ini yang memfokuskan kepada permainan multi-pemain.

https://www.youtube.com/watch?v=ooyjaVdt-jA

Sebelum ini kami melaporkan ura-ura yang mengatakan Black Ops 4 tidak akan mempunyai mod cerita dan perkara ini sudah disahkan oleh Activision.

Selain itu Activision juga berkongsi peta-peta yang akan hadir bersama dengan mod Zombies yang akan mempunyai 3 misi yang berbeza. Manakala mereka juga mengumumkan mod battle royale iaitu Blackout akan tetapi buat masa ini tiada maklumat lanjut yang dikongsi kan.

Activision juga mengumumkan yang untuk versi PC, permainan ini hanya boleh diperoleh melalui Battle.net iaitu klien oleh Blizzard sama seperti Destiny 2. Apa pendapat anda mengenai Black Ops 4 yang nampaknya memfokuskan kepada multi-pemain termasuk juga penambahan mod battle royale?

Sohor Kini