Astro Shaw hari ini telah mengumumkan yang Kahar Kapla High Council telah mengutip RM11 juta setakat ini, memperlihatkan penambahan sebanyak RM5.5 juta berbanding kutipan pada 4 Disember lepas.

Di pengumuman yang sama, mereka juga telah mengumumkan kandungan tambahan untuknya iaitu KUDRAT 1968, tidak disahkan jika ia adalah filem atau siri tetapi diletakkan bawah jenama Astro Originals, ia berkemungkinan merupakan satu siri TV.

KUDRAT 1968 ini akan menjadi prekul kepada High Council dan memfokuskan kepada Abu Yamin iaitu bapa kepada Kahar dan juga Reza yang juga bekas pelajar dan kapla di KUDRAT. Bagi yang sudah tonton filem Kahar, adegan pasca kredit telah mengacah yang penceritaan mengenai Abu Yamin akan dikembangkan lagi.

Maklumat lanjut termasuk juga tarikh siaran untuk kandungan ini masih tidak diumumkan lagi, kami akan kongsi apabila di diumumkan kelak.

Leave a Reply