Akses awal Path of Exile 2 bermula hari ini, 6 Disember 2025, dan akan memperlihatkan para pemain boleh memilih untuk memain enam watak berbeza dan memainkan tiga babak pertama permainan tersebut, sebelum beralih ke kandungan end game yang mana pemain-pemain ini dijangka akan meluangkan beratus-ratus jam masa untuk membina watak-watak mereka dengan kelengkapan dan kebolehan yang hebat.

Terkini, Jonathan Rogers, pengarah Path of Exile 2 baru sahaja mengumumkan bahawa Path of Exile 2 baru sahaja melangkaui 1 juta pemain akses awal yang akan memainkan permainan tersebut pada platform PC, Microsoft Xbox Series X dan Series S dan juga Sony PlayStation 5.

Walaupun Path of Exile 2 akan menjadi sebuah permainan percuma apabila ia dilancarkan secara rasmi pada tahun hadapan, untuk akses awal ini, pemain akan perlu membeli pek akses awal pada harga sekurang-kurangnya $30 untuk mengaksesnya hari ini.

Jonathan Rogers mengatakan bahawa Grinding Gear Games mempunyai kapasiti mencukupi buat masa ini untuk menampung semua pemain Path of Exile 2, tetapi memberi peringatan bahawa terdapat kebarangkalian bahawa kesesakan untuk memasuki permainan tersebut adalah dijangka.

Pihak Grinding Gear Games mengatakan bahawa mereka akan mengawasi keadaan permainan untuk beberapa hari awal ini, dan akan memastikan bahawa pengalaman permainan adalah sebaik yang mungkin.

Leave a Reply