Akhirnya, selepas sekian lama menanti treler acah bagi siri TV The Boys Musim Ke-4 dipertontonkan oleh Prime Video. Tarikh siaran masih belum didedahkan tetapi dikatakan akan tiba pada awal tahun 2024. Musim baharu ini dilihat lebih mencabar kerana Victoria Neuman yang semakin menghampiri menjadi Presiden, Homelander yang semakin mengganas bersama-sama dengan anak Butcher dan pasukan The Boys yang sekali lagi berpecah kerana Butcher yang bermasalah.
Adakah The Boys dan Butcher boleh kembali bekerjasama menewaskan Neuman dan Homelander? Siapa pula Firecracker yang muncul di dalam treler acah ini? Watak misteri apa pula yang dilakonkan oleh Jeffrey Dean Morgan? Aksi ganas yang semakin mengerikan turut dapat diperlihatkan. Bagaimanakah siri ini akan dihubungkan kepada Gen V musim kedua? Sama-sama kita nantikan.



