Loki musim kedua telah tamat. Siri ini menurut Tom Hiddleston adalah konklusi kerjaya beliau dalam MCU untuk 14 tahun. Dengan mogok di Amerika Syarikat telah tamat, Hiddleston telah muncul dalam The Tonight Show with Jimmy Fallon bagi mempromosikan episod akhir Loki musim kedua dan projek-projek akan datang.
Hiddleston menjawab soalan Fallon sama ada adakah watak yang mati dalam MCU akan kembali. Beliau menjawab dengan kuasa Time Slipping, Loki boleh ke mana-mana di masa silam, masa hadapan atau ke masa kini dan mungkin turut boleh kembali ke masa di mana Tony Stark dan Black Widow masih hidup.
Bukan itu sahaja, Hiddleston turut menyatakan yang di dalam MCU watak yang mati tidak akan mati kerana mati itu sendiri adalah soalan eksistensial. Loki sendiri telah mati banyak kali dalam MCU dan dia masih hidup.



