Selepas menjadi suara Mario, Chriss Pratt meneruskan kerjaya beliau sebagai pelakon suara animasi dan kali ini adalah sebagai Garfield dalam The Garfield Movie. Bukan beliau sahaja pelakon filem MCU terlibat dengan filem ini kerana, Samuel L. Jackson turut sama sebagai Vic iaitu watak baharu yang menjadi ayah Garfield.

Filem ini akan ke pawagam bermula 24 Mei 2024 dan anda boleh tonton treler di bawah;

Dalam filem ini, Garfield dilihat kali pertama bertemu dengan ayah dia Vic. Atas pertemuan ini, dia dan anjing Odie yang kedua-duanya di bawah jagaan Jon Arbuckle akan mengembara bersendirian bersama-sama dengan Vic dengan pelbagai aksi melucukan.

Leave a Reply