Antara filem biografi kegemaran saya adalah The Social Network. Ia mengisahkan bagaimana Facebook dibangunkan dengan pelbagai konflik Mark Zuckerberg hadapi ketika zaman belajar sehingga platform media sosial ini berjaya.
Filem ini ditulis oleh Aaron Sorkin (The Trial of the Chicago 7) dan diarahkan oleh David Fincfer (Zodiac, The Curious Case of Benjamin Button). Dalam temuramah bersama The Guardian, Fincher telah menyatakan yang The Social Network layak menerima filem sekuel. Sejak 13 tahun lalu filem ini ditayangkan, pelbagai perkara telah berlaku pada Facebook dan Meta.

Beliau turut menyatakan yang perbincangan bersama Sorkin telah pun dilakukan mengenai sekuel. Walau bagaimanapun untuk filem ini dihasilkan pada zaman moden, ia adalah rumit dan berpotensi membawa banyak masalah. Jadi buat masa ini, beliau masih tidak pasti bagaimana untuk meneruskan filem sekuel The Social Network.
13 tahun lepas, The Social Network dibintangi oleh Jesse Eisenberg sebagai Mark Zuckerberg, Andrew Garfield sebagai Eduardo Saverin, Justin Timberlake sebagai Sean Parker, Armie Hammer sebagai kembar Cameron danTyler Winklevoss serta turut menyertakan Max Minghella dan ramai lagi.


