Sucker Punch adalah filem yang ditayangkan pada tahun 2011. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Zack Snyder dan menerima maklum balas yang bercampur, tetapi filem ini mempunyai peminat tersendiri. Filem ini kemudiannya hadir dengan versi digital yang mempunyai suntingan 18 minit lebih panjang.
Baru-baru ini melalui temuramah antara Letterboxd dan Zack Snyder, Sucker Punch bakal menerima versi suntingan pengarah. Menurut Snyder, beliau sendiri yang ingin menawarkan versi suntingan ini yang mempunyai penamat yang berbeza.

Versi ini akan mempertontonkan Babydoll (Emma Browning) menyanyi lagu Ooh, Child, things are gonna get easier selepas melalui prosedur lobotomi. Watak ini akan menyanyi bersama-sama dengan watak lain yang telah mati kerana Babydoll dikatakan terperangkap selamanya dalam dunia imaginasi sendiri.

Sucker Punch mengisahkan Babydoll yang dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa kerana ayah tiri yang ingin merampas harta yang diwariskan oleh ibu Babydoll. Babydoll kemudiannya mencipta dunia imaginasi sendiri sebagai mekanisme kendalian untuk menenangkan diri yang penuh dengan aksi ganas.
Filem ini menyertakan barisan pelakon seperti Emily Browning, Abbie Cornish, Jena Malone, Vanessa Hudgens, Jamie Chung, Carla Gugino, Oscar Isaac, Jon Hamm, dan juga Scott Glenn.
Sumber – Letterboxd


