Ketchapp ialah sebuah pengeluar permainan yang memfokuskan permainan mudah-alih (permua). Pada 2016, Ubisoft telah membeli syarikat tersebut yang kini dimiliki bahagian pengeluaran permua oleh studio Ubisoft Paris.

Kini, tampaknya Ubisoft akan bekerjasama bersama Tencent untuk melancarkan sebilangan permua di China. Menurut laporan Gamasutra, permua-permua Ketchapp akan dilancarkan melalui aplikasi Weixin mini-permainan yang dimiliki oleh Tencent.

Dengan melebihi 980 juta pengguna aktif setiap bulan, aplikasi tersebut juga baru-baru ini melancarkan fungsi mini-permainan sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk mengakses sebilangan permua tanpa perlu memuat-turun aplikasi tambahan lain.

Dengan kerjasama ini, tampaknya Ubisoft juga mungkin akan mempertingkatkan lagi pembangunan permua dan sekaligus mungkin ini akan memberi mereka lebih banyak permainan parti pertama dan ketiga di aplikasi tersebut.

Sohor Kini