Seperti yang kita tahu, Amy Pascal telah mengesahkan bulan lalu yang No Way Home adalah penutup trilogi Spider-Man versi Tom Holland. Selepas ini akan ada trilogi baharu memandangkan hubungan di antara Sony dan Disney/Marvel tidak lagi bermasalah seperti sebelum ini.

Menurut sumber, filem Spider-Man 4 iaitu sambungan kepada No Way Home sedang sibuk dibangunkan sekarang. Isu yang berlaku ketika Far From Home, iaitu masalah perjanjian juga dikatakan tidak lagi akan berlaku kali ini. Filem keempat ini adalah antara filem yang Tom Holland masih terlibat.

Kelak, selepas umur 30 tahun – Tom Holland ada katakan yang beliau tidak lagi ingin memainkan watak Spider-Man. Jadi kita akan lihat beliau dalam satu lagi filem solo dan sekurang-kurangnya satu lagi filem yang melibatkan ramai adiwira seakan Avengers.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply