Ejen Ali adalah antara animasi tempatan yang popular. Ia menggunakan tema perisikan, di mana kanak-kanak yang digelar Ali terlibat dengan organisasi perisikan negara untuk menjaga keamanan negara daripada penjahat. Ejen Ali sudah ada satu filem dan musim ketiga siri animasi akan disiarkan di Disney+ Hotstar tidak lama lagi.

Seperti animasi tempatan lain, Ejen Ali turut mempunyai barangan eksklusif tersendiri. Antara yang kami perasasn adalah permainan papan Ejen Ali Misi: Bootcamp.

Permainan papan ini dikatakan mempunyai tiga permainan utama yang bertindak sebagai simulasi boot camp. Setiap aras permainan ada cabaran berbeza dan akan menguji skil pemain untuk menentukan sama ada layak atau tidak untuk ke peringkat seterusnya.

Permainan papan ini dijual pada harga RM35.91 sahaja di laman Ejen Ali Gears.

Leave a Reply