Musim demi musim, bank demi bank, akhirnya siri TV popular rompakan bank secara besar-besaran ini menemui jalan penamat dengan musim kelima bahagian kedua 3 Disember ini di Netflix Malaysia. Berbaki lima episod sahaja untuk kita semua ketahui apakah nasib pasukan perompak ini. Perompak menang atau pihak berkuasa menang? Siapa yang jahat sebenarnya?
Netfkix baru-baru ini telah kongsi treler baharu bagi Money Heist: Musim Ke-5 Bahagian 2;
Selepas tragedi yang berlaku pada musim lima bahagian pertama, apakah nasib di sebalik pasukan perompak yang masih berada di dalam bank? Adakah mereka mampu menewaskan pasukan askar yang gila ini? Kelihatan aksi yang mantap, debat di antara ahli yang hangat dan mengejutkan akhirnya – The Professor turun padang datang ke bank dan tidak lagi bersembunyi di sebalik bilik rahsia untuk berkomunikasi.
Harapnya lima episod lagi ini akan menjadi penutup yang terbaik dan memuaskan. Sama-sama kita nantikan siaran siri TV ini bulan hadapan.


