Mubi adalah platform penstriman yang banyak menawarkan kandungan klasik dan vintaj. Ada juga kandungan yang dikategorikan sebagai filem kultus. Mereka yang melanggan platform Mubi ini tahu apa yang ingin ditonton dan tahu kandungan mereka ini lebih kepada menyokong komuniti pencipta filem.

Di New York, Amerika Syarikat pada 29 Oktober ini – Mubi akan melancarkan Mubi Go. Ia adalah pelan langganan penstriman mereka bersama-sama dengan melanggan tiket wayang yang akan diberikan kepada pelanggan setiap minggu secara rawak.

Filem-filem ini pawagam ini juga merupakan filem klasik, filem-filem lama yang ditayangkan di teater kecil-kecilan yang kerap menayangkan filem-filem sebegini untuk memuaskan hati para peminat. Harga langganan adalah $10.99 sebulan iaitu sekitar RM46 sebulan. Bawah RM50 dengan wayang setiap minggu serta filem menarik boleh distrim pada bila-bila masa sememangnya satu harga yang menarik.

Harapnya pelan seperti ini akan ditawarkan di Malaysia agar filem-filem oleh pencipta filem yang tidak popular dapat diberikan pendedahan.

Leave a Reply