Peacemaker adalah siri TV adiwira baharu untuk HBO Max dan HBO Go. Ia adalah kisah sampingan kepada filem The Suicide Squad, iaitu olahan semula dan sekuel (Soft Reboot) kepada filem Suicide Squad asal. Siri TV ini juga merupakan sekuel kepada The Suicide Squad dan akan menceritakan asal-usul watak lakonan John Cena ini.

Selain daripada asal-usul, siri TV ini turut akan memaparkan misi-misi silam dan baru Peacemaker. Beliau adalah penjahat yang menjadi adiwira demi keamanan dunia. Baru-baru ini, HBO telah kongsi klip lucu daripada siri TV ini.

Berdasarkan klip, Peacemaker dilihat telah menerima kostum baharu selepas kejadian daripada filem The Suicide Squad. Beliau dilihat kemaruk dengan kostum ini dan telah diejek oleh ahli pasukan beliau yang juga wakil kepada Amanda Waller. Walaupun diejek, Peacemaker cuba melindungi diri dengan mendakwa – ia bukanlah kostum dan merupakan uniform beliau.

Siri TV ini akan disiarkan di HBO Go bermula Januari 2022 akan datang. Teruskan ikuti kami di Aksiz untuk maklumat lanjut berkenaan siri TV ini.

Sohor Kini