Money Heist musim kelima adalah antara siri TV yang ramai nanti-nantikan. Terkini, Netflix telah berkongsi video acah bagi siri TV ini.

Pasukan perompak La Resistencia kali ini dalam bahaya, kerana sudah dikepung pihak berkuasa. Walaupun bukan pertama kali mereka berada dalam situasi ini, kali ini adalah lebih dahsyat.

https://youtu.be/9RnTgx4b3VE

Dengan Tokyo yang terperangkap, di mana menurut beliau sudah 100 jam dan pihak berkuasa sudah menghantar askar untuk serang untuk hentikan mereka tidak kira hidup atau mati – mereka menjadi buntu. Professor pula sudah kantoi lokasi persembunyiannya dan mereka mungkin tiada harapan untuk bebas kali ini.

Money Heist atau La Casa de Papel musim kelima akan disiarkan pada 3 September ini untuk bahagian pertama dan akan bersambung pada 3 Disember untuk bahagian kedua. Sama-sama kita nantikan kehadiran siri ini, sebulan lagi.

Leave a Reply