Seorang lagi pelakon siri TV Batwoman oleh The CW meninggalkan siri TV tersebut. Kali ini adalah Dougray Scott, iaitu pelakon bagi watak Jacob Kane – bapa kepada Kate Kane, Alice dan Mary. Episod 16 musim ke-2 adalah penampilan beliau kali terakhir, yang mana episod ini juga merupakan penamat bagi musim ini.

Menurut laporan daripada EW, Caroline Dries selaku penerbit siri TV ini mengesahkan yang Dougray tidak lagi terlibat dengan musim-musim akan datang. Tambahan belia lagi, episod akhir musim kedua ini adalah penutup yang terbaik untuk watak beliau – selepas pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang siri TV ini berlangsung.

Tetapi episod akhir memperlihatkan watak ini masih ada masa depan. Watak Kate Kane lakonan Ruby Rose sebelum ini pun ditamatkan tetapi digantikan dengan Wallis Day sebagai Kate Kane yang telah mengalami pembedahan wajah serta Javicia Leslie yang menggantikan beliau sebagai Batwoman iaitu Ryan Wilder.

Leave a Reply