La Casa De Papel atau Money Heist adalah siri TV yang menarik yang anda boleh tonton di Netflix Malaysia. Ia adalah kisah rompakan berbahasa Sepanyol. Siri TV ini telah disiarkan sebanyak empat musim, di mana setiap musim akan ada kejutan dan strategi rompakan atau membebaskan diri yang menarik. Seperti biasa, musim keempat mempunyai pengakhiran yang tergantung dan ramai nantikan kemunculan musim baharu.
Selepas diumumkan sebelum ini yang Money Heist musim kelima atau Part 5 sudah pun selesai sesi penggambaran. Kini Netflix mengumumkan tarikh siaran bagi siri TV ini. Musim kelima akan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu Part 5: Volume 1 yang akan disiarkan pada 2 September tahun ini dan Part 5: Volume 2 yang akan disiarkan pada 3 Disember.

Netflix tidajk berkongsi lagi sinopsis penuh. Tetapi pasukan yang kini digelar sebagai La Resistencia akan kembali menuntut hak masing-masing, dan cuba sekali lagi memboloskan diri daripada kepungan pihak berkuasa. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut siri TV ini.



