Dunia filem DC amat serabut. Ia tiada kesinambungan, pelbagai olahan semula, pelbagai cerita sampingan dan caca marba. Tetapi Warner Bros. menemui jalan yang sebenarnya semua berkait, tetapi berlaku di dunia lain dan/atau di garis masa berlainan.
Kejayaan konsep dunia lain ini semua, tidak dinafikan dipopularkan oleh francais siri TV mereka sendir Arrowverse seperti episod khas Elseworlds. Ia diadaptasi daripada komik, yang mana adalah jalan cerita yang berbeza, rentas dengan pelbagai watak dan banyak lagi. Tetapi masih tiada adaptasi untuk filem, selain daripada siri TV – hanya permainan video sahaja yang ada menggunakan latar belakang Elseworlds ini. Permainan itu adalah Injustice.

Terkini, Warner Bros. mengumumkan yang francais menarik dan popular ini akan diadaptasi menjadi sebuah filem animasi. Di mana naratif filem mungkin akan diambil secara terus daripada komik atau permainan video atau digabungkan kedua-duanya sekali.
Bagi yang tidak tahu, Injustice adalah kisah yang lebih gelap, ganas, seram, mengerikan bagi setiap watak Justice League. Ia boleh dikatakan versi alternatif masing-masing, seperti Joker yang menghasut Superman untuk membunuh Lois dan anak sendiri, Batman yang menjadi hero mengumpulkan adiwira lain bagi menghentikan Superman atau juga bertentangan dengan Braniac.

Watak seperti Green Arrow, Black Canary, Harley Quinn, Poison Ivy, The Flash, dan Shazam turut terlibat dalam Injustice. Jika anda rasa seakan pernah dengar konsep cerita ini, ia adalah antara inspirasi Zack Snyder dalam filem Justice League beliau. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai perkembangan filem animasi ini.


