The Borrowers adalah antara filem yang saya membesar bersama. Ia adalah filem yang menarik, lucu, penuh dengan aksi yang unik kerana ia mengisahkan sekumpulan manusia kenit yang tinggal di dalam rumah manusia biasa. Mereka semua meminjam atau lebih tepat mencuri harta manusia biasa untuk meneruskan kehidupan.
Filem ini dibintangi oleh John Goodman dan Jim Broadbent, dan diarahkan oleh Peter Hewitt. Filem ini ditayangkan pada 1997 yang mana diadaptasi daripada buku oleh Mary Norton.
Terkini, Universal Pictures menyatakan yang mereka akan mengolah kembali filem ini dan pengarah/penerbit filem Sausage Party dan francais animasi The Addams Family – Conrad Vernon akan menjadi pengarah. Skrip pula akan ditulis oleh Patrick Burleigh yang menulis skrip filem Peter Rabbit 2: the Runaway.


