Dominic Purcell adalah pelakon yang terkenal sebagai Lincoln Burrows dalam siri TV Prison Break. Beliau meneruskan kerjaya sebagai penjahat dan adiwira dalam siri TV DC The CW dunia Arrowverse sebagai Mick Rory a.k.a Heat Wave. Musim terbaru adalah musim keenam yang akan disiarkan pada bulan Mei kelak dan Dominic Purcell telah mengumumkan sesuatu yang akan membuatkan peminat watak beliau kecewa.

Mick Rory/Heat Wave hanya akan muncul secara berkala dalam siri TV ini dan tidak lagi akan mempunyai masa skrin yang lebih lama seperti sebelum ini. Ini kerana beliau sudah bercadang untuk tinggalkan Legends of Tomorrow dan berhenti memainkan watak ini. Untuk meneruskan musim baru dan mungkin selesaikan kontrak sahaja. Pada awalnya siaran di Instagram beliau dilihat meluahkan perasaan marah dan tidak puas hati. Selepas ia dipadam, beliau menyatakan itu semua sekadar gurauan – sebaliknya sudah bersetuju dengan eksekutif Warner Bros. TV untuk hanya muncul secara berkala.

Walau bagaimanapun, perjanjian ini masih belum muktamad. Jalan cerita penuh musim keenam pun masih menjadi tanda tanya. Adakah ini bermakna pertempuran akhir kelak baru beliau ada? Musim keenam dikatakan akan berhadapan dengan makhluk asing. Turut menjadi tanda tanya adalah, episod rentas siri baharu apakah yang akan berlaku dan siapakah yang akan terlibat masih tiada informasi lagi. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply