The Flash adalah watak menarik dalam komik DC. Beliau adalah seorang speedster iaitu individu yang mempunyai kuasa boleh berlari sangat pantas sehingga melanggari peraturan fizik. Identiti beliau adalah Barry Allen dan beliau dilakonkan oleh Ezra Miller dalam filem Suicide Squad (penampilan khas) dan Justice League.

Sayang sekali versi beliau agak lucu dan aneh, seperti cara beliau berlari dan pembangunan watak beliau dalam dunia DCEU. Tetapi DC dan Warner Bros. sudah janjikan yang filem The Flash akan tiba dan ia akan memuaskan hati peminat. Sementara menantikan The Flash beraksi dalam filem tersendiri, beliau akan kembali beraksi dalam filem Zack Snyder’s Justice League di HBO Max dan HBO GO.

https://twitter.com/ZackSnyder/status/1368613062849171456?s=20

Watak beliau dalam filem ini akan lebih penting kerana akan menjadi persediaan filem masa hadapan. Ini kerana, Zack baru sahaja menciap video acah mempertontonkan The Flash berlari masuk ke Speed Force. Dalam Speed Force, The Flash boleh merentas masa atau merentas dunia – yang mana adalah konsep baharu untuk filem DC selepas kejayaan Arrowverse.

Adakah ini bermakna kita akan dapat lihat adegan The Flash memberi peringatan kepada Bruce Wayne atau imbau kembali adegan dalam siri TV Arrowverse di mana Ezra Miller The Flash bertemu dengan Grant Gustin The Flash? Sama-sama kita nantikan 18 Mac ini, di mana filem ini akan disiarkan.

Sohor Kini