Siri TV WandaVision akan menjadi kandungan MCU Fasa ke-4 pertama sebelum filem dan siri-siri TV lain ditayangkan/disiarkan. Ia adalah mengenai Scarlett Witch yang mungkin ada masalah dari segi mental atas kematian Vision. Kemudian semuanya mungkin akan kembali seperti biasa dan Vision mungkin juga akan kembali hidup. Watak Monica Rambeau juga akan memainkan peranan penting dalam siri TV ini.

Paul Bettany as Vision and Elizabeth Olsen as Wanda Maximoff in Marvel Studios’ WANDAVISION. Photo courtesy of Marvel Studios. ©Marvel Studios 2020. All Rights Reserved.

Terkini, EW telah berpeluang melawat set penggambaran siri TV ini dan mengatakan Disney akan menawarkan pengalaman tontonan seakan sitkom sebenar. Bukan itu sahaja, siri TV ini turut dikatakan akan memulakan jalan cerita Doctor Strange in the Multiverse of Madness. Ia akan terus bersambung. Bukan itu sahaja, ia juga akan banyak klu-klu dan kaitan rapat ke filem-filem MCU Fasa 1 sehingga 3.

Harapnya siri TV ini boleh ditonton oleh peminat di Malaysia sebelum filem-filem MCU Fasa ke-4 ditayangkan. Kami juga agak tidak sabar menantikan siri TV ini, kerana ia adalah siri TV pertama rasmi MCU dari Disney.

Paul Bettany as Vision and Elizabeth Olsen as Wanda Maximoff in Marvel Studios’ WANDAVISION. Photo courtesy of Marvel Studios. ©Marvel Studios 2020. All Rights Reserved.

Sohor Kini