Sejak xCloud dilancarkan secara rasmi pada September lepas, Microsoft hanya menyertakan perkhidmatan tersebut di Android sahaja, mereka cuba membawa perkhidmatan tersebut ke iOS tetapi oleh kerana polisi Apple yang memerlukan setiap permainan disenaraikan di App Store, ia bukan sesuatu yang mereka ingin meluangkan masa untuk lakukan.
Melalui laporan oleh Business Insider, Ketua Xbox Phil Spencer ketika mesyuarat dalaman mengatakan yang mereka menyasarkan untuk membawa xCloud ke iOS sekitar tahun 2021 dan berkemungkinan besar melalui pelayar dan bukan aplikasi kendiri. Di mesyuarat yang sama, Phil Spencer juga mengatakan yang perkhidmatan penstriman tersebut akan turut tiba untuk PC sekitar tahun hadapan.
xCloud merupakan perkhidmatan penstriman yang ditawarkan bersama dengan Xbox Game Pass Ultimate.


