Netflix adalah platform penstriman video terkenal. Dalam banyak-banyak platform penstriman video sudah banyak yang saya langgan dan matikan, kecuali Netflix yang kekal di hati. Netflix memuatkan jutaan kandungan, dari filem ke siri TV ke dokumentari dan banyak lagi.

Terkini, Netflix memudahkan lagi pelanggan mereka dengan memperkenalkan menu baharu – iaitu “New & Popular”. Menu baharu ini membawakan barisan Top 10 untuk lihat apa yang majoriti pelanggan Malaysia tonton. Kemudian terdapat barisan New on Netflix iaitu kandungan yang terbaru serta Coming Soon iaitu kandungan yang bakal tiba ke Netflix. Menariknya, kini turut ada barisan Worth the Wait juga merupakan kandungan yang bakal tiba – cuma ia akan tiba lebih jauh di masa hadapan berbanding Coming Soon.

Untuk Coming Soon dan Worth the Wait, ia mempunyai ikon loceng yang boleh ditekan untuk memberi peringatan. Selepas kandungan ini tiba, ia akan terus masuk ke senarai My list.
Ini adalah cara menarik untuk anda terokai kandungan dalam Netflix. Anda akan lebih mudah untuk maratonton serta akan lebih seronok menantikan kandungan akan datang. Buat masa ini, menu ini hanya akan tiba ke Netflix untuk televisyen sahaja. Untuk telefon pintar, ia masih terhad kepada menu Coming Soon.


